Wednesday, April 17, 2013

Teambuilding | Best western Inland Sea Resort

Evening u olssss.. Sesungguhnya hari ni sangat lah terang benderang bagai lampu lampu neon bercahaya riang. Tersampai awal jugak la kat ofis sebab light still tak bukak. Aku ni macam berani berani takut je nak masuk ofis bukak lampu. Heh.

Weekend lepas time aku uji stamina kat Best Western Inland Sea Resort. Tapi bukan stamina yang diuji, tapi mental diuji, pasal team aku KALAH TERUK ~ booooooo ~~~ hewhew.. Kata si orang hotel tu, team aku ni lemah lembut. Bahaha ! Lembut la jemah oi pasal tak semangat. Hihihi..

Team kiteorang menang satu game je. Bahaha !

Ahhh.. Malas la aku nak cakap pong pangggg pongg panggg.. Mood kalah tu still ada. Hewhew.. Yang pasti judges untuk games bias sangat ! Hahaha.. Jom tengok betapa berusahanya RED team. GO GO BLACK team ! Eh. Propa sangat.


The Red Hot Pepper Team. Footballer.  HOT sangat jemahh..

Black Team (hungga hunggaaaa hunggaaaa...ala-ala orang asli. haha. statement jeles pasal team ni menang.)


Cowboy Team. Captain perempuan, tapi totappp gagah perkasa gitewww.. 


Army Team. Team paling banyak mencorakkan diri. Siap calit muka dengan water color. Kalau yang putih tu abis jadi gelap lepas basuh muka. Hihi..


Ready for war cry yang memang buat judges crying. .. Ternyata aku memang tak boleh jadi cheer team untuk rugby. Menangis rugby player kalau dengar aku menjerit. Heh.

Kita orang punye war cry macam ni. Sila baca sambil jerit. 

"Glory glory red hot pepper...."
"Glory glory red hot pepper...."
"Glory glory red hot pepper...."
"As the red goes marching on..!!"

Pendek tak? Pendek tak? Team lain buat macam-macam aksi. Kiteorang je yang simple mimple. Sebab tu kot dapat number last. HAHA !





Haaa ! Ni game charlie chaplin. Aku tak tau la mane si charlie dan chaplin dia. Takde misai kontot pun kena pakai. Cuma pakai kain pelikat pastu lari sambil kepit bola kat kangkang. Kalau agak-agak kangkang besar memang bola tu asyik jatuh jela. Heewhewhew..


Ambik kesempatan rest satu game. Penat and panas kot. Tak tahan lagi .. ooo.. ingin bertemu..oo.. ok ape kejadah aku bernyanyian. Jom sambung cite pasal makanan !

Kalau bab makanan toksah citer la. Kau nak apa je, semmmmuuuuuaaaaaaa ade. Janji perut tu boleh muat semua makanan tu. Hewhew.. Sedap sedap ! Kat sini memang makan jela keje dia. Memang tak pernah sakit perut lapar. Heh.


Muka kepanasan selepas berjemur dengan jayanya di bawah cahaya matahari terik. Sedih mak nokss.. Sebulan jugak aku kena tempek UV protector lepas ni.



Jangan tegur apa yang jelas sekali dalam gambar di atas. Ye, aku memang dah gemuk. STRESS ! Tak nak makan malam, tapi makan jugak. Memang tak istiqamah. Memang takkkkk.. :(


So after siap makan malam, time untuk kami perform. Oh yang part ni aku sangat sangat sangat MALU. Nak kena menari depan orang. Tapi terpaksa. Tapi ok la kot pasal semua orang kena perform. Bukan menari sorang-sorang or nyanyi sorang-sorang kat depan. Heh.

Dikir barat.

Tarian Cowboy dangdut. Haha..

Tarian retro. Hehehehe..

Parody Shae Sayang. idea from Bubu. Hakhakhak !


Ni tarian ricky martin pandang lantai. Bahaha ! Malu weyh.. Lame gila dah tak menari depan orang. Last skali zaman sekolah rendah. memang sangat lama............

Head of Department and managers yang sangat sangat sporting. Menari Gangnam Style. Bahahah !


Yang paling penting, GM baru sangatlah hensem oh ! Hahaha ! Fresh from Netherlands. Yuhhhuu.. ;)

Sunday, March 31, 2013

Jenis tudung sesuai untuk akad nikah / resepsi

Lebih kurang 1 bulan lebih lagi nak majlis ni. Tapi aku still lagi tak tau nak stylekan tudung untuk akad nikah ngan resepsi. Merata picture aku browse. Semua cantik tapi aku tak tau nak pakai macam mana. So, end up aku pun close google and tidor. Lagi best. Heh.

Ciri-ciri penting untuk tudung kahwin/ akad nikah. *bagi aku la*

1) SIMPLE
- if baju or veil dah banyak beads, aku rasa nak carik tudung plain je. Tapi taknak jenis tudung ekspres tu. Yang ada awning tu. Pasal, muka aku tak sesuai kot nak pakai tudung macam tu. Dari dulu lagi kurang suka pakai tudung macam ni. Tak tau la nape.

Aku suka yang melekat macam ni.


2) MELEKAT ELOK KAT DAHI
- aku nak jenis tudung macam ni. Tapi tak sure material jenis apa yang elok. Sebab, if tudung tu melekat elok, senang la nak bentuk.

Aku rasa, material sesuai yang jenis stretchable tu kot, pasal material macam tu je yang boleh melekat elok and takde serabut dekat bahagian leher. Kan? Aku rase jela. heh.

3) TAK NIPIS
- kalau boleh tudung tu tak nak nipis / see through. Pasal time tunang hari tu, aku beli dekat Jakel shawl chiffon. Cantik, tapi nipis dan aku rasa sangat tak cantik oh. Heh. Ni la akibat beli tudung last minit.

Bila tengok balik macam tak cantik pakai macam tu. So, kali ni memang aku nak carik yang jenis tebal sikit and fully covered. In Sha Allah :)

4) MURAH BUT CANTIK
- dalam internet macam-macam jenis tudung yang kau boleh tengok. Memang rambang mata. Tapi, ada certain penjual jual tudung melampau-lampau harganya sampaikan RM200++. Aku rasa tak berbaloi nak beli. Sebab tudung yang berbeads tu pakai sekali je. Contoh terdekat, shawl tunang hari tu. Sekali tu jela aku pakai. Haha..

Saturday, March 30, 2013

topik serius

Memandangkan semalam adik fiancee aku bertanya pasal bidang Science Computer ni, so aku terpanggil panggil ala-ala pontianak mintak pulangkan anak dia untuk story mory sikit pasal bidang ni. Mungkin boring sikit pasal topik seriusssssssss...



Dulu, time matrikulasi aku sangat nak masuk bidang chemistry and maths. Sangat sangat ! Sampaikan lepas abis matrik tu aku mintak hampir semua yang related to chemistry and maths dekat semua Universiti. Konon nak jadi cikgu or pakar chemist ngan maths. Muahahaha ! Sekali, tak dapat. Dapat kos lelong. Science Computer kat USM. Sedih tak yah nak cakap la. Menangis berhari2. Pasal orang cakap kalau masuk Sc comp peluang pekerjaan kurang. hewhewhew..

Rasa down , rasa tak nak sambung study. Rasa nak ambik maktab perguruan . Macam-macam rasa la mak time tu noks.. Tapi, mase tu ex-bf aku pun dapat Science Computer jugak dekat UITM, so aku pun macam "oh ok laa... die pun dapat sc comp.. nanti mende-mende yang dok pahangg boleh la tanyeee die.." (sorry terkeluar citer pasal ex pulak dah.heh.) Tapi lepas tu break. Bahaha!

Ok ok ok fokus dengan citer seriusss.. Then bila dah masuk sana, jadi shock. Sebab mana ada aku pernah dengar pasal programming languange apa benda semua tu. Hah, time tula aku struggle gila-gila. Even struggle pun, still programming failed. So next sem tu aku repeat balik and Alhamdulillah dapat A. Hahaha !

Aku struggle selama 3 tahun setengah dekat sana. Nasib baik la ada kawan-kawan, senior-senior yang baik hati tolong menolong sesama insan bab-bab programming. Terima kasih kalian !

Siapa cakap Sc computer takde peluang pekerjaan? Meh nak hentak kepala sikit. Heh.
Alhamdulillah semua kawan-kawan aku dapat kerja yang best-best. Sc Comp la banyak peluang pekerjaan. Semua company nak IT expert. So orang-orang macam kita la yang boleh fill in the position.

Tapi yang penting, kena faham. Zaman study and zaman kerja TOTALLY DIFFERENT. Apa yang kita belajar tak mungkin ada time kerja. So kena get ready dengan apa jua cabaran. Pergh ! Macam iklan tv dah rasenye. Hewhewhew.. Soooooooo.. ENJOY !