Saturday, October 19, 2013

Pindah ! Pindah !

Happy weekend uolsss ~

Sesungguhnya waktu weekend la paling orang orang berkerjaya paling tunggu ye idok. Tapi masuk hari ahad tu dah lemau sikit. Kehkeh.. Ni nak habaq mai, Insha Allah hujung bulan ni boleh pindah rumah lain. Still rumah apartment. Rumah landed ? Nak cium pagar pun belum tentu boleh. Rumah landed pun yang paling murah kat KL ni aku rasa memang takde dah yang harga 300K, semua nak mark up sampai half million.

Sesungguhnya hiba hati bila fikir macam mana nak survive kat KL ni. Cewahh ~ Tapi serius betul. Sape-sape yang dapat gaji berkepuk-kepuk kat KL ni pun belum tentu mampu beli rumah landed. Pasal?

HARGA RUMAH SEKARANG SANGAT TAK REASONABLE !

Bayangkan apartment kecik around 780sqft pun dah harga 200k, Nak geleng hantuk kepala bila pikir-pikir balik. Abang sulong aku beli rumah dekat Terengganu, double storey siap ada laman semua harga 300K plus plus je. Memang sangat puas hati dapat rumah besar macam tu. Bestnye ! Bestnye !

Tapi tula takkan nak balik kerja Terengganu pulak kalau husband dekat sini. Sesungguhnya aku rasa nak semput bila fikir hal rumah. The best way at this moment, RENT jela dulu. Tu pun Alhamdulillah dapat rent price yang murah. :)


SENYUMMMMMMMMMMMMMMM :D

Wednesday, August 21, 2013

Tajuk post paling susah nak fikir.

Hari ni dah masuk hari ke 11 kite beraya. Tapi aku tak rasa pun suasana raya ke 11 tu. Macam biase, bangun pagi buatkan air untuk cik abey, solat subuh then sambung tidur. Bangun balik around 830 pagi and siap-siap pergi kerja. Tu namenye kerja pukul 10 pagi. Heaven jugak la sebab boleh continue tidur. Bahaha ! Gila tidur .

Bagi yang kerja macam aku la kan, cuti kompom berebut-rebut nak ambik. Tambah-tambah kalau sehari before public holiday memang berderet-deret nak mintak cuti. Cuma concern aku kat sini bilamana CUTI SEHARI BEFORE RAYA HAJI KENA REJECT ! Gila kau tak sakit hati. Rasa sakit hati tu macam malas nak datang kerja. Bahaha ! Dah la cuti raya hari tu dapat sehari je. Ni raya haji langsung tak dapat. ^#(#%@&%#

Memang bab cuti ni i sangat sensitip u olllsss... Lagi-lagi kalau tu perayaan kita. Kalau perayaan agama lain aku tak kesah pun sebenarnya. Ye idokkkss ? Sedih noksss. Dah la rindu dekat mak ayah itik ayam di kampung nun jauh di sana. Kalau dah memang duduk sini nak buat apa mintak cuti sehari before raya? Tak payah nak naik kereta or bas pun nak balik kampungnye. Tak paham la konsep mereka-mereka ni.

Mungkin aku kena tengok schedule cuti hari-hari. Baru la sempat nak booked dulu. Kate FIFO eh bukan. Kate first come first serve. 

NTAH LAAAAAAAAAAA

Mungkin kena cari kerja yang tak payah bekerja dengan orang. Macam...............


 SURI RUMAH ! :D

And for sure i wanna be like this, stand still as a housewife. Heh.. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. Baru 2 hari jadi housewife dah meraung nak masuk kerja balik pasal bosan duduk rumah. Oh shima.. Please grow up !

Saturday, June 15, 2013

Review | Tudung nikah, resepsi dan bertandang

Hi my olsss.. Tiba masa untuk aku review apa-apa yang rasa nak direview time majlis pernikahan aritu . First of all, benda yang simple tapi paling penting time majlis nanti ialah TUDUNG. Bukan tudung saji mahupun tudung botol, tapi tudung yang pakai atas kepala tu. Heh.

NIKAH

Just carik halfmoon plain shawl. Sebab apa aku pakai yang plain? Sebab, akad nikah tu just nak nampak simple je. Tak nak lebih-lebih. Less is more. Heee :) Halfmoon shawl ni aku beli dekat Jalan TAR je. Around RM15 sahaja tunai ! Sah !


But veil tu aku tempah dekat kawan mak. She's really did a great job! Sangat suka veil dan baju akad nikah yang dia jahit. Tq cik na ! :)


Bagi brides to be yang nak pakai merelip relap pun takpo ehhh.. Depends kat uolsss.. Tapi yang penting, pengantin lelaki tak kena stroke sebab nampak kau cantik sangat. Kang tak pasal-pasal kena ulang banyak kali. Heeeee :P

RESEPSI

Aku carik halfmoon shawl yang merelip relap sikit la. Yang banyak beads tu. Mula-mula carik tudung yang macam ni dekat Jusco setiawangsa. Ya ampunn ! Mahal ! RM160.. gile gile.. so aku tak beli. Membazir.
 


So, decide nak pergi Jalan TAR. Jalan punya jalan jumpa la tudung yang sebijik macam kat sana, just for RM90. So, aku gerrrraaabbbb jela. :) Tak sia-sia berpanas bersesak kat sana, ada jugak hasil dia. Thanks to my husband sebab teman pergi sana. Heee..

BERTANDANG

Aku custom made sendiri je tudung tu. Asalnya beli shawl lain, rupanya color yang aku beli tu tak match dengan color baju. Makanya, beli yang lain jela.  Beli chiffon shawl dan just tambah lace and beads. Tapi bukan aku la yang jahit. Mak yang tolong jahitkan. TQVM mak !!! :)



So sangat jimat di situ. Kalau nak beli online mahu jugak la dalam RM60 plus plus kan kalau yang jenis ada beads bagai ni. Tau tak, yang custom made sendiri ni, around RM 10 (chiffon shawl) + RM18 (lace with beads). Just cost me RM28 ! Yuhuuu ! Jimat jimat. Chiffon Shawl yang murah gile dan buat aku terkejut kaku tu aku carik dekat Terengganu and lace tu beli dekat area Jalan TAR yang aku tak ingat nama kedai dia apa. Main hentam je. Heee..

So brides to be sekalian, kalau masih ada masa carik jela dekat Jalan TAR. Banyak choices. But, online pun ok jugak, cuma tak dapat merasa kain tu macam mana la kan. Lembut ke, keras ke ape ke kan. And tak dapat nak try. Heehehe.. Whatever it is, the choice is yours. :)