Sunday, April 29, 2012

new room for me :)

Assalamualaikum

Hooyeeee! Barang dari rumah lama semua dah angkut masuk rumah baru. Pftt! Penat. Tapi, still ok sebab cik tunang tolong mengangkut barang sekali. Banyak hokay. Tilam, rak buku, rak baju, yang penting mirror mirror hanging on the wall.. ooo.. lol.

Sekarang, dah pindah masuk rumah abang aku kat area ukay perdana ni haa.. Rasa rumah lama tu macam tak secure dah. Time malam je, rasa takut. Bukan pasal hantu ke hape, tapi takut dengan manusia. Hantu tak boleh buat pape, tapi manusia? Haaa.. Pikir pikirkanlah.

At least, kat sini, ada pak guard bagai. Rasa la secure sikit. Heh. Even nak pergi kerja jauh sikit, tapi takpela.. Yang penting safety first. :)

Oh, dah lame rasenye tak tempek picture koya sorang macam ni dalam blog. Jadi, ape salahnya malam ni, aku berbuat demikian demi kepuasan diri sendiri. Ye idokkk ?

Nah ! Picture di rumah baru. Even rumah tak berapa nampak , muka si tuan blog je yang nampak, kau redha jela ye noks.. 


Oh, esok dah kerja. Why ? Why ? Cepat benor masa berlalu. Baru je nak merasa rehat-rehat kat rumah, dah kena kerja esok. Grrr ~ Kena amik mood malam ni, untuk kerja esok. Mood kena datang awal-awal, pasal nak kena entertain user esok.

Orait, nak kemas barang jap. Semoga aku dapat kekuatan malam ni, nak kemas bilik dengan jayanya ! Gambate shima-chan!

Friday, April 27, 2012

Tentang rasa

Assalamualaikum

Nak menulis, tapi tak tau nak mengarut ape, tapi hati cakap nak menulis jugak. :)

Mood sekarang sangat happy, sebab esok jumaat ! Even tak tau, kerja esok macam mana, user ok ke ko, tapi malam ni aku tetap nak happy. Mungkin sebab aku makan banyak fruits tadi kot. Haha..Aku tau takde kaitan, tapi nak jugak.

Mini cooper hak milik sorang kawan yang dah resign. Hehe.. Nak tinggal saka kat exxon kot. Hehehe..

Tapi, at the same time, rasa risau. Sebab kakak ipar aku dah start rasa sakit-sakit. Lagi beberapa hari nak deliver. Risau plak aku ni haa.. Dah la, jalan nak pergi Hospital Ampang pun fail. Harus kena study dulu route nak pergi sana, even GPS yang kurang membantu tu wujud. Lagi, kena get ready baju. Kot la, tengah-tengah malam jadi pape, takkan aku nak pergi pakai baju tidur kelawar ni kan. Heh.

Namun, di sebalik risau, ada jugak perasaan takut. Takut nak menghadapi future. Macam mana future kita agaknya. boleh agak tak ? Mesti susah kan, unless kita ada mesin untuk predict future which is ridiculous kot. Ok merepek. Bye !

Jom layan lagu tentang rasa by astrid !

Monday, April 23, 2012

Fire extinguisher

Assalamualaikum

Siapa amik kelas kesedaran sivik time sekolah dulu ? Tak pun, kelas sivik ? Yang beragama Islam, mesti tak ramai kan yang amik kelas ni, termasuk la aku. Tau tak, kita memerlukan fire extinguisher dalam rumah ? Bukan setakat dekat office, sekolah or tandas. Eh.

Aku baru terhantuk dari kelalaian bila, my sister in law, bagitau, dia ada beli fire extinguisher, smoke detector dan mask. Pffftt ~ Mula-mula aku macam, " eh, bagussnyeeee kakak ipar aku ni.." Tapi, bila fikir lagi, ada betulnya. Sangat penting hokaayyy~

At least, ada precaution untuk avoid kebakaran lagi teruk. Dan, yang penting, siapa-siapa yang pasang smoke detector tu, janganla tido sampai tak sedar diri. Alang-alang alarm bunyi kuat tu, bangun je. Jangan disangka alarm jam pulak. Ye idok.

Haa.. Ni la 1 set fire extinguisher atau bahasa aslinye, serbuk kering. HAHA. Kau boleh dapat dalam plus-minus RM500. Sayang duit ke, sayang nyawa? Pikir sendiri. Hehehe... :D Yang penting, tau nak guna benda alah ni. Mana la tau, beli je, tapi tak reti nak guna. Kan 2x5 je tu namanya.

Nanti ada rumah sendiri, nak letak benda ni jugak la. Kalau ada rezeki lebih, Insyaallah boleh letak kat rumah kat kampung. Hee.. :)