Saturday, July 16, 2011

Jom boikot ayam! Tapi, boleh ke?



Dah nampak picture kat atas? Iya, tula lunch untuk aku before masuk kerja.
Nasi putih + ayam. As usual.
Macam masuk alam kampus balik. Hari-hari makan benda yang sama. Tapi, tak pernah muak. Sebab, ayam tu besssssssssssttttt~

Dan, sebab selalu makan ayam, kau tengok lengan aku. Boleh lawan malik noor tak?


Tough kan? Haha..

Tula, baik kurangkan makan ayam, nanti tak pasal-pasal ada orang nominate aku untuk lawan Malik Noor. Haru. Tapi, boleh ke aku dan ayam dipisahkan? Boleh ke aku didekatkan dengan ikan keli?? Oh, yang tu, NEVER ok!

Ikan cermin maybe, tak pun cuba makan tauhu macam Cik Epal. Eh, tauhu ke, soya ey? Lupa. Hee.. Sorry.. Yang menarik, aku makin kuat makan. Pantang mengantuk, mesti cari makanan kat cafe. Hahaa...

What to do kan? Namanya manusia. Kalau tak kuat makan, abnormal kot. :)

Wednesday, July 13, 2011

Kisah jakun di stesen LRT

Hari tu, first time aku naik lrt. Semua nampak macam ganjil bagi aku. Last aku naik, past few years. So, bila jejak kaki masuk dalam lrt tu, rasa macam, Oh! Gayat! Tapi, sebenarnya, tak pun, perasaan aku je time tu.

Bila nak beli tiket, kena beratur. Kalau nasib tak baik, memang panjang. Pernah hari tu, panjang gile! So, aku decide, nak buat kad touch n go. Plus, time tu aku pun selalu guna bas nak pergi kerja. Maklumla, kereta still kat terengganu.

Dalam kepala aku time tu, kalau nak reload kad touch n go, either kat stesen lrt atau kat tol. Tapi, sumpah aku tak tau yang boleh reload dekat machine yang warna biru kat stesen lrt. Jakun kan? Betapa aku tak explore lagi environment kat sini. Yang aku tau, pergi-balik, naik-turun bas. Lurus betul keadaan aku time tu. Tsk! Tapi, takpe, asal keselamatan terjamin.

Time tu, kawan aku, Huda, ajar macam mana nak guna machine tu. Hahaha.. malu, tapi mau! Tu la orang cakap kan, kalau tak tau, tanya, jangan jadi bodoh sombong. Kang tak pasal-pasal sesat dalam kehidupan.

Moral of the story, try new things even benda tu kau rasa macam tak logik je kalau kau buat.

PTD Exam untuk kedua kalinya|Tips included!


PTD. Semua orang kerajaan tau, PTD tu stands for what. Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Tapi, sape-sape yang pergi exam, agak kecewa pasal susah kot nak lepas. Padahal, soalan maths tahap SPM je pun. Kerek tak ayat aku? Yup! Memang.

Ni second time aku dapat pergi exam PTD. Pada pemikiran aku, mesti result sama je. *GAGAL*
Bukan aku nak down kan diri sendiri. Dah memang macam tu kot result dia. Tapi, demi mak dan ayah, aku pergi jugak exam tu for this week. Kena gembirakan mak ayah ok. Precious tu.

So, the best tips yang aku dapat dari colleague aku yang dah lulus exam, tapi sangkut kat PAC.

1) Bukak internet, cari pasal kenegaraan. Bapak! Banyak gile nak kena baca, so main fb.

2) Bukak buku maths PMR dan SPM. Tapi, lupa formula maths. Down. Tutup buku, tidur.

3) Jawab tiap soalan within 1 min. Don't overthinking.
* Aku ni jenis overthinking. Pasal tu kot aku tak lulus.

4) Last tip, kalau tak tau nak jawab, guna dadu.

Hmm.. Menarik minat jugak tips dia ni. Boleh try kot. Tapi, aku memang tak berharap sangat pun. Mostly, yang mintak PTD ni, ramai yang dapat pergi exam 16 Julai ni. So, percentage nak dapat job ni 0.001% je. Bukan aku nak down diri sendiri, tapi ni namanya reverse psychology. Again. Pft!

Satu hal lagi, nak beli bahan rujukan pun susah. Bukan susah ape, cuma malas nak beli buku tebal-tebal yang memang aku tak baca. Nak beli yang online pulak, macam mahal pulak. Haha. Kedekut gila.

Hopefully, aku dapat buat yang terbaik la exam kali ni. Amin..~