Saturday, January 29, 2011

Gembira dan Sedih

Petang semalam hang out ngan kawan-kawan kat rumah. Kitaorang pergi jalan-jalan kat Pantai Batu Burok. Dah lame kot saya tak pergi sane. Angin punya kuat giler! Sape yang agak-agak berat 15kilo tu, insya-Allah mungkin terbang. :)



Dalam mulut jangan sangka takde pape. Makanan penuh dalam mulut dan telah disorokkan. Cube cari. Hakhak..

Balik dari hang out, terkejut dengar berita jiran sebelah rumah saya dah nazak. Masya-Allah.. Terkejut sangat-sangat. He's still young. Area late 30. Menghidap barah hati. Dan bila saya nak pergi ziarah, arwah dah meninggal dunia.

Menitis air mata. Tak tahan sebak bila tengok wife dan seorang anak perempuan arwah menangis. Masya-Allah.. Syahdu.. Simpati sangat-sangat. Sempat saya sedekahkan Yassin di sebelah arwah yang kemas diselimuti dengan kain batik. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang soleh dan beriman.

Kita tidak akan tahu, bila akan mati, dan saya berpesan kepada diri saya dan semua orang, marilah sama-sama kita banyakkan beribadat dan menjauhi kemungkaran. Berusaha ke arah kebaikan.. Mati tidak akan menunggu kita. Nauzubillah.. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Pak Mat.. Al-Fatihah...

Thursday, January 27, 2011

Emosi di pagi hari

Apabila saya nak lelapkan mata, saya terfikir, adakah saya telah jadi anak yang terbaik untuk mak dan ayah. Tiba-tiba air mata keluar. Terasa diri ni sangat tak berguna berbanding dengan abang-abang yang berjaya.

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, tapi saya tak dapat terima bila saya dibanding-bandingkan.

Terasa diri ni sangat banyak kekurangan.

Semua ni membuatkan saya sangat down lately.

.
Terasa mau pergi jauh..

Wednesday, January 26, 2011

UFO dipercayai mendarat di Sleman, Jakarta

Dah bukak metro pagi ni? Tajuk Polis kawal sawah dilawati makhluk asing! Kejadian berlaku kat kawasan padi Sleman. Satu lingkaran bulatan telah dikesan kat sawah padi tu. Bulatan bentuk bunga tu beb! Macam dalam cerita omputih pun ada.

So, akibat ramai orang yang nak tengok keajaiban kat sawah padi ni , maka sesaklah kawasan Sleman tu, dan penduduk kampung tu ambik bayaran untuk sape-sape yang nak tengok corak tu.
-sumber metro online-


Pergh.. Manusia, kalau nak duit, macam-macam la kan dia buat. Mesti orang kampung Sleman jugak ni yang buat. Untung-untung, boleh datang Malaysia guna duit tu. Kihkih..

Jadi warga penduduk Sleman, hati-hati lepas ni. Kot-kot alien mengganas kat sana. Ala, macam dalam cerita Alien vs Predator tu. Hihihi..

Tapi, kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kot-kot ada alien kat kawasan yang kita tak tahu. Kan? So, kuasa Allah tiada batasan. Mane tau, kot-kot kawasan padi ni, memang makhluk asing yang buat? Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Tapi kawasan padi kat Sleman ni, nampak lain kan dari Malaysia. Macam taman bunga pun ada. Hehehe..