Monday, May 21, 2012

Menu for today

Assalamualaikum

Memandangkan hari ini , aku still cuti , maka terlebih rajin la sikit. Weekend lepas tak sempat nak buat pape, pasal tengah semangat nak pergi tengok bola. Maklumla, first time kottt.. Heh

So, apa yang terlebih rajin tu? Haaa... Tu diaaa.. Hari ni aku rajin masak. Malas kot nak keluar. Macam best gila duduk rumah. Hihi..

So, ni la hasilnya. Lauk bujang je.. Ok la daripada tak pandai masak langsung kan.

"Mak!!! Shima masak sedap !!! "

Eh.


Even dah ramai tau bahan-bahan nak buat udang masak merah ni kan, aku tetap nak letak jugak ingredients dan cara nak buat dia kat sini. Hehehe..Nak buat macam mana noks, ni je yang aku pandai buat. Haha.
 
Bahan-bahan :

Udang 8 ketul
Bawang besar 3 biji dikisar
Bawang putih 8 ulas dikisar
Cili kisar 2 sudu besar
Sos cili 1 sudu besar
Air Asam jawa
Gula 1 sudu setengah
Garam sikit
Perasa ala kadar

Cara buat:

1. Basuh udang kasik bersih. Buang janggut dia. Jangan buang kulit dia tau, sebab nanti kulit dia yang buat masakan kita sedap. Hehehe..

2. Kisar bawang besar dengan bawang putih. Then, tumiskan semua tu sekali dengan cili kisar. Tumis sampai wangi. Agak-agak kau dah bersin, maksudnye dah wangi secukup rasa.

3. Masukkan sos cili sikit, air asam jawa, gula, garam sikit, pastu perasa ala-ala kadar je. Pastu kacau sampai sebati

4. Agak-agak dah sebati, boleh la masukkan udang. Kalau nak berkuah sikit, masukkan air sikit. Biarkan udang tu masak sekejap. Tutup api.

Siap untuk dimakan ! Yeayyy ~ 



4 comments:

DyaClarey said...

banyaknyee bawang dia...kalo masak kt dapor mak umi ni, sure mak bising. hehe. gudgirl. esok wat resepi lain plak. nak curi idea. hehe

Nazatul shima said...

hahaha.. nk wat cmne umi,,ni namenye main letak je brape banyak..haha..tpi lpas shima kisar tu, xde la letak sume..hehehe..

ashikin said...

huhu seyes aku pun rs mcm byk giler bwg...sampai bc dua kali xpcya...hahaha...xpe simpan selebihnye senang nk msk lagi nt...

Resepi Sup Daging ala Utara at my blog!!! Jommmmmm....

Puteri Iqa Izyan said...

waaaa. feveret tuh udang walaupun resdung. muehehehe ^_^