Monday, December 26, 2011

Kronologi pulang ke kampung

Assalamualaikum

Mungkin, ni antara entri terpanjang yang pernah aku taip dan share. Tak terlintas di fikiran, nak buatkan kau juling mata membaca entri ni. Kalau terbuat kau juling, ampun maaf dipinta. Maaf zahir batin.

Beginilah kronologi cerita yang agak sadis sebelum aku pulang ke kampung. *Jangan menangis sayang*

Hari yang sepatutnya aku pulang ke kampung (22/12/2011)
Harus membawa adik tersayang jalan-jalan kat Petrosains klcc before balik ke kampung. At least, ada bekas tapak kaki, tangan dan sebagainya kat sana. Ye idak? Mula-mula nak naik lrt, then pikir punya pikir punya pikir, ditambah dengan sifat malas nak berjalan, maka decide bawak kereta je pergi klcc. Aku malas nak bawak kereta sebab, sebenarnya parking kat klcc maha dewa mahal ! Wahahaha ! Gila berkira kan? (T_T)



Malam tu, cik boyfie datang rumah, nak tolong hantarkan kami ke Putra. Before tu, sempat makan-makan , gelak guling-guling . Macam mana aku tertinggal bas malam tu, dan menyebabkan kerugian dana mata wang ??? Full story version, kau boleh refer sini. Pastu, datang entri ni, sambung baca yang bawah hokay.. HAHA !

Malam 22/12/2011
Akibat tertinggal bas, maka bermalamlah aku dan adik di rumah angah kat presint 11. Maka, malam tu bertemankan hero mission impossible yang super duper kacak jela. (T_T)


Pagi 23/12/2011
Konon nak balik malam, so pagi-pagi tu boleh membuta dengan enaknya.  Around 11am macam tu, barula sibuk nak mencari ticket untuk balik kampung malam tu. Dalam hati, yakin seyakinnya, TICKET AVAILABLE ! Ye, AVAILABLE ! Takkan la orang nak balik kampung malam-malam jumaat kn.. MJ ! Wahahaa ! Tapi, hampa. Satu ticket pun takde untuk malam tu. So, beli ticket untuk pagi esok. Maka, pulang dengan kekecewaan dan bermalam kat rumah angah lagi satu malam. Burn cuti aku.

Pagi 24/12/2011
Memang seawal mungkin aku bangun. Risau bas tinggalkan kami lagi. Aku dah tak mampu menahan gelora hati untuk pulang ke kampung. Bas berjalan dalam pukul 9 pagi. Syukur, semua dah selesai. Hati gembira. Lalalalaala ~ Balik kampung... ooooo... balik kampung.....

Pastu tetido dalam bas. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ~

Around 11am++ , aku tersedar (mak aih! Lama gila aku tido) sebab tiba-tiba bas stop kat tepi highway. Mula-mula aku ingatkan masalah kecik je, rupanya, masalah besar ! Kau tau, kami stuck kat tepi highway tu for more than 2hrs ! Memang gile ! Dalam hati aku ni, panasssssss jeeee....


Nah ! Ni la rupa paras bas yang telah membuatkan hari aku kelam gelam. Bukan aku nak cakap la kan, tapi ade sorang penumpang ni cakap, "kalau bas macam ni, orang tak pakai dah nak jalan jauh-jauh. Layak untuk bas sekolah or bas kilang je!"

Memang ramai yang panasssssss dalam tu, including me. Pfft ! Dan akhirnya, bas penyelamat sampai. Tu pun 2hrs plus-plus kami tunggu. Kalau dalam laut ni, memang dah mati lemas sume insan-insan yang tunggu penyelamat. Grrr !

Yang paling best, memang tercatat dalam sejarah hidup, nak balik Terengganu, it takes 13hrs journey ! Macam nak pergi mana je kalau lama macam ni. Tertekan gila hidup aku hari tu.

So, the conclusion is, aku akan fikir 50x untuk naik bas mutiara ni lagi. Sama macam bas Shamisha. Aku memang tak naik dah bas ni. Pasal, bas-bas ni dah buat hal dengan aku. Tsk !

Vote MaraLiner ! Kenapa MaraLiner ?? sebab murahhhhh ! Jimat $$$$ ! :)

Friday, December 23, 2011

Bad Night

Assalamualaikum

Kononnye nak balik Terengganu malam ni. Excited bagai nak balik kampung ni haaa.. Nak jumpe mak ayah ayam itik kat kampung. Sekali, malam ni, bas tinggalkan aku terkontang kanting kat Putra. Dammmnnn! Nak menangis pun ada, cuak pun ada. Nasib baik boyfie ada untuk tenangkan aku time tu.

So, bajet macam sempat nak kejar balik bas. Kejar bas sampai ke Greenwood. Alih-alih bas dah takde. Gilakk laju bas ni. Belum pun sempat kentut, dah hilang. Terbaik ah.

Yang melambatkan tu, pasal kami makan-makan dulu. Hisap-hisap rokok jap kat kedai. Sembang-sembang. Kononnye, aku terfikir yang bas kat putra biasenye suke suki delay. So, agak relax even jam dah pukul 930 malam. Tiket bas pukul 10 hokayy.. Memang lenggang mak kangkung betul !

Nah, sekarang memang padan ngan muka aku ni haaa... But,still, only 5 mins after 10 hokayyy.. Bukannye setengah jam or sejam. Pffttt ! Memang kena betul aku malam ni.  Tsk !

Dan benda yang paling bangang aku buat, bila  benda yang paling penting untuk balik kampung, aku tinggalkan kat depan umah. Beg berisi segala benda tersirat dan tersurat including laptop. Hey shima ! What the &%$$^* ! Macam mana la aku boleh jadi gile pelupa nih.

Boyfie cakap, even kami tak pergi makan-makan pun, still kena tinggal dengan bas jugak. You know why?

1) If tak stop makan-makan, mesti smpai putra awal, tapi kena patah balik kat umah sebab nak ambik beg yang aku tinggal depan umah.

2) If makan-makan, mesti sampai lewat kat putra.

So, it is a win-win situation. Erk ?? bukannn... lose-lose situation. HAHA !

Monday, December 19, 2011

iPhone4s warm-up story

Assalamualaikum

Dalam keghairahan semua manusia untuk memiliki iPhone4s yang baru launching on 16 Dec 2011 (birthday aku tu), aku pun turut terlibat. Tu pun, setelah beratus-ratus kali berfikir dan membuat kiraan secara kasar dan bermain tarik tali dengan diri sendiri. Haruslah. Bukannye murah macam iphone mainan. Dalam hati sebelum ni, nak sony ericsson arc s, pasal ada warna pink ! Wahahaha ! Sangat gila kan pink. (T_T)

Tapi, bak kata hati dan pandangan orang, " beli mahal pun sekali je.. Boleh pakai lame.. OS pun up-to-date". Maka, zaasssss ke Mines konon nak mencari iPhone4s, tapi nak guna data plan Digi. Murah sikit, around RM2060 macam tu.

Tapi sayang beribu juta kali sayang, kalau nak pakai yang data plan diGi, i have to change the data plan and it takes about 3 months to complete everything, then baru dapat phone ! Mak aih ! Lameeeeeeee doww.

Kalau nak cepat, kena beli number baru je, pasal number aku sekarang ni under kontrak 2 years, so kena habiskan kontrak dulu. Kalau nak terminate pulak, leceh, banyak benda nak kena buat, plus number sekarang ni dah well-known. So, aku pasrah. Terus level nak beli iPhone4s merudum ke tahap kerak bumi.

Pusing punya pusing punya pusing, jumpa satu kedai Apek ni. Aku ni tak berkenan sangat nak beli iPhone kat kedai sebijik-bijik macam tu. Risau phone underwater. Eh, betulkan underwater? Ke underground? Ke underwear?


Nak kata rezeki la kan, dia pun tolong ekjasss ambik iPhone4s kat Maxis. Takde ambik pakej ke apa. Just phone sahaja. Mahal banyak sikit, tapi aku rasa secure, sebab ada surat beranak sekali (series number). I was like jumping la kan. Heppy tak hengat ! Tapi, nak bayar tu macam teragak-agak jugak. Terbang duitku ~ (T_T)

Dannnnn... Aku dapat cover phone yang sangat comel ! Glow in the dark. Haruslah hadiah birthday. He's not so romantic when it comes to giving a present, but i gila like this cover ! Thanks love ! I love this morreee than flowers, cards or dinner treat :) (sumpah tak tipu. hekhek)

One word about iPhone 4s, tip-top! :)

Kalau kau nak beli jugak, boleh tengok spec iPhone4s ni kat pak cik google. Yang paling aku suka, ada Siri. Siri ni macam orang la jugak. Kau tanya je ape-ape, dia boleh jawab. Must be in English. Tapi tolong jangan tanya pasal politik. HAHA !

Yang paling tak boleh blah, boyfie aku try cakap, " what the fuck you're doing here??"

Dan si Siri jawab, " I'm pretend not to hear that"

Wahahahahaha !! Memang sangat intelligent si Siri ni :D