Monday, December 26, 2011

Kronologi pulang ke kampung

Assalamualaikum

Mungkin, ni antara entri terpanjang yang pernah aku taip dan share. Tak terlintas di fikiran, nak buatkan kau juling mata membaca entri ni. Kalau terbuat kau juling, ampun maaf dipinta. Maaf zahir batin.

Beginilah kronologi cerita yang agak sadis sebelum aku pulang ke kampung. *Jangan menangis sayang*

Hari yang sepatutnya aku pulang ke kampung (22/12/2011)
Harus membawa adik tersayang jalan-jalan kat Petrosains klcc before balik ke kampung. At least, ada bekas tapak kaki, tangan dan sebagainya kat sana. Ye idak? Mula-mula nak naik lrt, then pikir punya pikir punya pikir, ditambah dengan sifat malas nak berjalan, maka decide bawak kereta je pergi klcc. Aku malas nak bawak kereta sebab, sebenarnya parking kat klcc maha dewa mahal ! Wahahaha ! Gila berkira kan? (T_T)



Malam tu, cik boyfie datang rumah, nak tolong hantarkan kami ke Putra. Before tu, sempat makan-makan , gelak guling-guling . Macam mana aku tertinggal bas malam tu, dan menyebabkan kerugian dana mata wang ??? Full story version, kau boleh refer sini. Pastu, datang entri ni, sambung baca yang bawah hokay.. HAHA !

Malam 22/12/2011
Akibat tertinggal bas, maka bermalamlah aku dan adik di rumah angah kat presint 11. Maka, malam tu bertemankan hero mission impossible yang super duper kacak jela. (T_T)


Pagi 23/12/2011
Konon nak balik malam, so pagi-pagi tu boleh membuta dengan enaknya.  Around 11am macam tu, barula sibuk nak mencari ticket untuk balik kampung malam tu. Dalam hati, yakin seyakinnya, TICKET AVAILABLE ! Ye, AVAILABLE ! Takkan la orang nak balik kampung malam-malam jumaat kn.. MJ ! Wahahaa ! Tapi, hampa. Satu ticket pun takde untuk malam tu. So, beli ticket untuk pagi esok. Maka, pulang dengan kekecewaan dan bermalam kat rumah angah lagi satu malam. Burn cuti aku.

Pagi 24/12/2011
Memang seawal mungkin aku bangun. Risau bas tinggalkan kami lagi. Aku dah tak mampu menahan gelora hati untuk pulang ke kampung. Bas berjalan dalam pukul 9 pagi. Syukur, semua dah selesai. Hati gembira. Lalalalaala ~ Balik kampung... ooooo... balik kampung.....

Pastu tetido dalam bas. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ~

Around 11am++ , aku tersedar (mak aih! Lama gila aku tido) sebab tiba-tiba bas stop kat tepi highway. Mula-mula aku ingatkan masalah kecik je, rupanya, masalah besar ! Kau tau, kami stuck kat tepi highway tu for more than 2hrs ! Memang gile ! Dalam hati aku ni, panasssssss jeeee....


Nah ! Ni la rupa paras bas yang telah membuatkan hari aku kelam gelam. Bukan aku nak cakap la kan, tapi ade sorang penumpang ni cakap, "kalau bas macam ni, orang tak pakai dah nak jalan jauh-jauh. Layak untuk bas sekolah or bas kilang je!"

Memang ramai yang panasssssss dalam tu, including me. Pfft ! Dan akhirnya, bas penyelamat sampai. Tu pun 2hrs plus-plus kami tunggu. Kalau dalam laut ni, memang dah mati lemas sume insan-insan yang tunggu penyelamat. Grrr !

Yang paling best, memang tercatat dalam sejarah hidup, nak balik Terengganu, it takes 13hrs journey ! Macam nak pergi mana je kalau lama macam ni. Tertekan gila hidup aku hari tu.

So, the conclusion is, aku akan fikir 50x untuk naik bas mutiara ni lagi. Sama macam bas Shamisha. Aku memang tak naik dah bas ni. Pasal, bas-bas ni dah buat hal dengan aku. Tsk !

Vote MaraLiner ! Kenapa MaraLiner ?? sebab murahhhhh ! Jimat $$$$ ! :)

5 comments:

thah salleh said...

betol2.. dulu masa study kat p.pinang. thah anti gile ngn bas shamisha dan mutiara.. sbb bas2 tu sume selalu rosak :(

Nazatul shima said...

tula tihah..shima mmg x naik dh bas tu.. skmo wat hal..huhuhu..maka, naik bas lain jela...huhu

Uchi kay-f @hmad said...

xper jadi penglman manis pasni "barangkali"..

ps: tqvm for u advice in my entry ^-*

Mr feckry said...

cute gile adik lu

J.Syazwana said...

fuyohhh banyaknya halangan nak balik kampung. huhuhu