Tuesday, December 6, 2011

Kau memang nak kena perempuan !

Assalamualaikum

Sila baca dengan perasaan geram. Kalau tak geram, buat-buat je ok? Sebab, aku memang tengah geram! (sambil kesat air hidung)

Memang demm laa.. Tu je yang aku boleh cakap sekarang. Aku memang pantang sebenarnya kalau ada orang cederakan family aku. 

Dicederakan bukan kerana along bukit guntong, angah mahupun acik. No no no.. Tapi disebabkan accident. Kesian mak, adik dengan amir. Kena langgar dengan kereta wira. Time tu mak dengan adik-adik baru balik dari beli kasut sekolah si awin, naik scooter.

Minah yang langgar tu katanya cikgu. Ingatkan kalau cikgu, otak letak kat kepala la, rupanya silap. Letak kat ketiak lutut. Kesian kau !

Masa langgar tu, siap peluk-peluk mak aku. cakap yang dia tersalah tekan minyak. WTH!

Eh eh.. Alih-alih, esok tu, datang rumah, bawak mak, bf, pakcik sedara bagai, nak mintak duit. What ashamed la kau . Aku tak kisah kalau kau nak mintak duit pun, tapi agak-agak ah beb, mak aku tengah terlantar sakit, kau boleh datang rumah mintak duit?

Yang lagi memalukan, dah la mintak duit, buah tangan pun tak bawak nak melawat orang sakit. Hish! Kata cikgu, takkan benda tu pun nak kena orang ajar ??? No manner at all.

Dah tu, mak kau pulak lebih-lebih. Macam kau aje yang kena langgar. Padahal, sapa yang kena?? Mak dan adik-adik aku. Memang &^%@#$$ ah!!

Last-last, ayah aku cakap, buat polis report. Senang. So, see you in court darling ! Ish, kalau time makcik tua tu datang, aku ada kat terengganu kan best. Boleh battle dengan makcik tua tu. Battle break dance dengan makcik tua tu pun ok jugak ni.

p/s : aku kalau marah tahap dewa dewi memang jadi macam ni, lebih-lebih lagi orang yang buat family aku sakit. Watch out si tua dan anaknya!

4 comments:

Anonymous said...

boley pulak cenggitu... dah langgar org boley plak mintak duit.... sepatutnye ade laa rasa bersalah sket...

Sabrina said...

Cian u....xpela...sabo je la... :(

Fatihah Salleh said...

geram molek thah baca... cikgu ngajor sekolah mana tu??

Anonymous said...

people nowadays..manner cmpak dlm mngkuk jamban bokali..anok,mok samo jah..xreti pkataan malu ko?aku plok nk maroh..hehe
-asmida kamaruddin.

hehe