Saturday, July 23, 2011

Apa aku buat hari ni??

Hari ni, macam biasa, sampai awal sikit kat ofis, risau takde parking kat Vietnam Embassy. Biasanya, kalau datang lewat, memang FULL dan si penjaga parking akan buat isyarat tangan macam Usop Wilcha. Means, dah tak boleh parking. Isyarat tu memang paling aku anti. Nasib baik hari ni, still banyak parking kosong.

Zup!! Saga putih aku park kat sebelah kereta saga putih yang lain. Wah, kembar! Tapi, aku punya lagi berkilat dan cantik even dah ada kesan-kesan hitam kotoran akibat debu-debu jalanan. Cis!

Maka proses berjalan bermula, dari parking ke Exxon. Weyh, lebih kurang 10 minit jugak nak berjalan tu. Kalau jalan macam mak itik, lagi lambat la kot. Aku akan jalan macam mak itik bila aku pakai kain baju kurung yang sempit. Susah la nak langkah luas-luas. Takkan aku nak angkat kain pulak. Tak senonoh!

On the way ke ofis, mesti ada bas-bas pelancong stop nak amik gambar yang ada scene klcc. Everyday ok! Mesti ada. Yang mata sepet ada. Mata luas ada. Pakai slack dengan sport shoes pun ada, pakai topi bunga-bunga pun ada. Macam-macam gelagat tourists yang aku dapat tengok. Happy dapat tengok dieorang bergambar sakan dengan scene klcc kat belakang. Gambar aku tak nak amik ke oi?

Dah sampai ofis, melilau kejap carik member kamcing, si ida. Kalau dia takde, hidup aku tak tentu arah. Haha..

Takde la, aku memang suka sembang ngan minah tu kalau free. Satu kepala, so best la.

Ayat common antara kami:

"Wey.. hari ni kau masuk pukul berapa??"
"Oi, hari ni ko balik pukul berapa? Macam mana ko boleh masuk awal??"
"Uit, nak pergi tapau kat level 6 tak?"

Tapi, kami lagi banyak bermain isyarat tangan dan mata, berbanding mulut. Body language tu penting. Better understanding orang cakap. Haha..

Then, hari ni jugak, aku kena buat kerja-kerja cleanup untuk cleanup project. Nama dah termasuk dalam committee. So, kena bertanggungjawab hokay~ 2 jam jugak buat benda tu sume. Penat memang penat, tapi seronok. :)

OMG, dah pukul 1 lebih. Tilam dah memanggil-manggil. Aku gerak dulu. Gud night semua~! :)

8 comments:

Mr feckry said...

ni luahan perasaan opis la ni

deqyalalink in-situ said...

untung la akak dpt keje opis.. deqya teringin sgt nak keje kat opiss huhuhu..lg2 kat key elsss ui best!

zulkbo said...

salam..
wahh..dah keje KL erk?
bolehlah kita dating nanti ye?
i m just around your office je tu..

Bigdaddyz said...

ala kesian yer...

Nazatul shima said...

feckry: ha ah..lebih kurang la kot..kihkih...:P

Nazatul shima said...

deqya: xpe...nnti bukak klinik sndiri, then buat opis kt dlm..hehehee..:D

Nazatul shima said...

zulkbo: salam..hakhak...da salu sgt dating ngn bf..so xley la dating ngn org len..hee..

Nazatul shima said...

bigdaddy: kenape kesian tu?heee