Thursday, July 21, 2011

Ikut cikgu, anak-anak....

Dulu, aku suka main cikgu-cikgu dengan adik aku, Amir. Komfom aku jadi cikgu, dia jadi anak murid. Berlagak macam teacher. Tibai kasut tumit tinggi mak aku. Jalan terkedek-kedek. Biasala, budak 9 tahun, mana nak pandai stabilkan diri pakai kasut tumit tinggi. Ye idak?

Pegang buku teks tahun 3. Pegang rotan yang aku lupa datang dari mana. Yang pasti, aku tak rotan adik aku walau dia salah sebutan, pasal aku pun cikgu yang dungu time tu. Nak mengajar, tapi tak pandai. What the fish betul!

Bila jiran sebelah tengok, mula malu-malu. Senyap sekejap. Risau, jiran dengar aku ajar benda yang salah kat si budak kecik tu. Budak kecik tu memang tak tau pape bila aku ayam-ayamkan dia. Hekhek... Kesian adik aku.

Bila cakap pasal ni, aku teringat zaman aku kerja kat tadika dulu. Ada sorang cikgu ni, dia ajar english. Bahagian BURUNG dan HAIWAN.

Ok anak-anak... Ikut cikgu.... P...A...R...R...O...T... Parut....!

Budak-budak pun ikutla ape yang cikgu tu sebut. Parut!

Haru biru.....

Sebab tu, aku setuju, kalau sekarang, sape-sape yang nak jadi cikgu tadika, kena ada pendidikan yang tinggi. Sebab, kita nak 'menconteng sesuatu di atas kain putih'. Kalau dari mula dah salah ajar, macam mana generasi mereka nak jadi pandai. Kan? ;)

4 comments:

Mr feckry said...

memang patut pun dorang at least kena ade diploma

deqyalalink in-situ said...

duluu penah kne lempang dengan cikgu sainss mase drjh 4 huhhuhuhuhu

Nazatul shima said...

feckry: ha ah..aku stuju tu..hehe..

Nazatul shima said...

deqya: hah?? kena lempang?? gile haatrik cikgu tuh..hehe..sakit tak?